[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

YouTube uji imej kecil dikaburkan untuk kandungan matang

Amanz 01/05/2025 | 04:20 MYT
Ciri ini bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada melihat kandungan seksual secara tidak sengaja, dan pengguna boleh memilih untuk mematikan ciri ini jika tidak diingini. -Amanz
YOUTUBE memulakan ujian di mana imej kecil (thumbnail) untuk video akan dikaburkan jika ia mengandungi kandungan yang dikategorikan untuk penonton dewasa.

Ringkasan AI
  • YouTube sedang menguji ciri baharu di mana imej kecil (thumbnail) video akan dikaburkan jika mengandungi kandungan dewasa.
  • Ciri ini bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada melihat kandungan seksual secara tidak sengaja, dan pengguna boleh memilih untuk mematikan ciri ini jika tidak diingini.
  • Tajuk video, nama saluran, dan penerangan kandungan masih dapat dilihat.

Ciri ini diberikan secara kepada sebilangan kecil pengguna sejak semalam bagi mengelakkan mereka terlihat kandungan bertemakan seksual mengikut garis panduan komuniti secara tidak sengaja.
Tajuk video, nama saluran dan penerangan mengenai kandungan masih dapat dilihat. Pengguna akan mempunyai pilihan untuk mematikan ciri ini jika tidak dikehendaki.
Ini ialah ciri yang wujud pada laman lain seperti Reddit untuk kandungan yang diberikan label NSFW. -Amanz
#YouTube #video dikaburkan #kandungan dewasa #NSFW