[TERKINI] Lagi Kes Serangan Seksual di Sekolah: 4 Pelajar Ditahan di Baling – Klik untuk Laporan Penuh
GADGETS

YouTube, YouTube Music alami gangguan, jutaan terjejas

Amanz 16/10/2025 | 01:10 MYT
Isu mula dikesan sekitar 7.30 pagi ini dengan YouTube tidak boleh diakses menggunakan aplikasi telefon pintar, TV dan laman web. - Foto Amanz
PAGI ini jika anda tidak boleh menstrim video atau mendengar lagu menerusi YouTube atau YouTube Music ia bukan salah anda.

Gangguan di kedua-dua perkhidmatan ini berlaku di peringkat global dengan isu dilaporkan pengguna di Malaysia, Amerika Syarikat dan India.

Isu mula dikesan sekitar 7.30 pagi ini dengan YouTube tidak boleh diakses menggunakan aplikasi telefon pintar, TV dan laman web.

Laman Downdetector menunjukkan peningkatan laporan penstriman video di YouTube tidak boleh dilakukan secara mendadak.

YouTube masih belum mengeluarkan kenyataan mengapa berlaku gangguan pagi ini.

[Dikemaskini] YouTube dan YouTube Music sudah boleh diakses kembali sekitar jam 8.10 pagi ini di Malaysia.

Akaun media sosial rasmi YouTube mengatakan isu telah diselesaikan untuk semua pengguna tetapi masih belum menjelaskan apakah yang menyebabkan gangguan berlaku.





#media sosial #YouTube #gangguan