awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YPC platform terima Anugerah Felo Kehormat Liverpool John Moores University

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
20/07/2015
12:28 MYT
YPC platform terima Anugerah Felo Kehormat Liverpool John Moores University
Syed Ali (gambar) menerima Anugerah Felo Kehormat daripada Universiti Liverpool John Moores pada 16 Julai lalu.
Idea penubuhan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) pada tahun 2000 merupakan antara platform utama Liverpool John Moores University memberi Anugerah Felo Kehormat kepada Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.
Katanya, selain itu, pengambilan beberapa sekolah-sekolah di Parlimen Cheras khususnya di Kuala Lumpur sebagai sekolah angkat di bawah YPC juga menjadi faktor universiti berkenaan melihat sumbangan besar dalam bidang pendidikan.
"Penganugerahan tersebut berdasarkan sumbangan cemerlang YPC dalam bidang pendidikan khususnya memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi kejayaan dan pembangunan modal insan.
"Sumbangan biasiswa kepada pelajar tingkatan lima daripada keluarga berpendapatan sederhana serta peluang melanjutkan pengajian di peringkat Asasi selama setahun sebelum meneruskan pengajian ijazah program berkembar dengan Liverpool John Moores University juga antara faktor penganugerahan itu," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Syed Ali menerima Anugerah Felo Kehormat daripada Universiti Liverpool John Moores pada 16 Julai lalu.
Liverpool John Moores University memberikan Anugerah Felo Kehormat kepada mereka yang telah memberikan komitmen serta sumbangan besar dalam bidang masing-masing dan mampu dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat.
Jelas Syed Ali, penganugerahan itu akan dijadikan penyuntik semangat untuk terus memberi khidmat dalam bidang pendidikan selain modal insan masyarakat.
Pada April lepas, majlis menandatangani memorandum perjanjian antara YPC dengan Liverpool John Moores University diadakan bagi membolehkan yayasan tersebut menawarkan program ijazah.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan memuji langkah proaktif yang dimainkan YPC dalam membangunkan modal insan berkualiti dengan menawarkan sistem pendidikan terbaik kepada golongan belia.
"Yayasan ini perlu diberi pengiktirafan kerana dengan hanya 50 orang pelajar ketika mula-mula beroperasi pada awal tahun 2000, kini Yayasan Pendidikan Cheras berkembang dengan begitu cemerlang," katanya ketika dipetik laporan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Liverpool John Moores University
#Syed Ali Al-Habshee
#Yayasan Pendidikan Cheras
#YPC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan