MALAYSIA
Yunus hargai bantuan Anwar pasca Revolusi Julai di Bangladesh
“Ia perasaan yang indah apabila seorang sahabat hadir pada saat kita sangat memerlukan sokongan, ketika kami sendiri tidak tahu ke mana arah negara akan bergerak," kata Muhammad Yunus. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Muhammad Yunus, menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan yang diberikan ketika negaranya berdepan krisis politik setahun lalu.
Ringkasan AI
Beliau berkata demikian sempena lawatan rasminya ke Malaysia, setahun selepas Revolusi Julai yang menumbangkan kerajaan pimpinan Sheikh Hasina.
Menurut Yunus, kerajaan sementara yang dipimpinnya dibentuk selepas kebangkitan rakyat yang bermula daripada gerakan pelajar menentang pembatalan dasar kuota pekerjaan kerajaan.
“Kami mengambil alih tanggungjawab kerajaan setahun lalu, dalam suasana kebangkitan anak muda yang disokong rakyat umum, menentang rejim yang membunuh penunjuk perasaan di jalanan serta memusnahkan institusi negara,” katanya.
Kebangkitan itu memuncak pada Julai 2024 apabila perhimpunan besar-besaran di Dhaka dan bandar utama lain dibalas dengan tindakan keras pihak berkuasa.
Ratusan nyawa terkorban dalam insiden yang kini dikenali sebagai “Pembunuhan Beramai-ramai Julai”, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Sheikh Hasina untuk berundur.
Pada 5 Ogos 2024, Hasina meletak jawatan dan meninggalkan negara, membuka jalan kepada pembentukan kerajaan sementara.
“Kebangkitan itu membawa kerajaan baharu, dan saya dijemput untuk mengetuainya,” kata Yunus, sambil mengimbas kembali permulaan pentadbirannya.
Beliau mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah antara pemimpin asing terawal yang hadir memberikan sokongan moral dan politik kepada Bangladesh ketika itu.
“Ia perasaan yang indah apabila seorang sahabat hadir pada saat kita sangat memerlukan sokongan, ketika kami sendiri tidak tahu ke mana arah negara akan bergerak,” ujarnya.
Dalam tempoh setahun, kerajaan sementara pimpinannya berjaya memulihkan ketenteraman awam, menghidupkan semula ekonomi, dan mengembalikan fungsi institusi negara.
Bangladesh kini bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada pertengahan Februari 2026 bagi memilih kerajaan baharu yang akan menguruskan negara secara normal.
Yunus menegaskan sokongan komuniti antarabangsa, khususnya Malaysia, amat penting bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.
Revolusi Julai kini diiktiraf sebagai titik perubahan besar dalam sejarah moden Bangladesh, dengan 5 Ogos disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangkitan Rakyat.
Ringkasan AI
- Prof Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan semasa krisis politik yang menumbangkan kerajaan Sheikh Hasina pada Julai 2024.
- Lawatan rasmi beliau ke Malaysia memperingati setahun pentadbiran kerajaan sementara yang dipimpinnya, dengan pujian kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai antara pemimpin asing terawal memberi sokongan moral dan politik.
- Kerajaan sementara Bangladesh kini stabil, telah memulihkan institusi negara dan bersedia mengadakan pilihan raya pada Februari 2026.