Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
Katanya langkah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM72 juta dengan RM20 juta telah dipersetujui secara bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalaman universiti.
"Seramai 523,318 penuntut universiti awam di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan ini," katanya ketika sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Noraini berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengembalikan semula sebahagian daripada yuran yang telah dibayar penuntut memandangkan mereka tidak masuk ke kampus sejak Mac lalu akibat COVID-19.
Noraini juga berkata pengurangan yuran terbabit dibuat selepas mengambil kira keluhan pelajar dan ibu bapa yang menghadapi bebanan kewangan susulan penularan COVID-19.
Sementara itu, menjawab soalan asal Shamsul Iskandar mengenai kemasukan penuh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memulakan pengajian pada Oktober, Noraini berkata IPT telah diberikan fleksibiliti untuk menentukan mod pembelajaran bersesuaian termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
"Namun begitu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
Pada 8 Julai lalu, kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan empat lagi kategori penuntut IPT ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini dan kemasukan sepenuhnya pada Oktober.
Bagi memastikan keputusan berkenaan dapat dilaksanakan dengan sempurna, Noraini berkata IPT dan semua penuntut hendaklah membuat persediaan yang diperlukan dari sekarang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
Noraini berkata IPT telah diberikan fleksibiliti untuk menentukan mod pembelajaran bersesuaian termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. - Gambar fail
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.
Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.
Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, dengan menggunakan sebatang rotan.
Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama
Pada awalnya mangsa memaklumkan kepada bapanya dia mengalami sakit di bahagian perut dan kencing berdarah.
Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.
11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama
Polis menahan 11 remaja berusia 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli membabitkan tiga mangsa iaitu pelajar asrama sebuah sekolah harian pada Khamis lepas.
Pelajar trauma jadi mangsa jenayah seksual rakan asrama
Setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terlibat untuk siasatan.