BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini hadir di sini memberikan penghormatan terakhir kepada ibu angkatnya Cheah Seoh Lian yang meninggal dunia di kediamannya di sini pada Ahad lepas.
Mendiang yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun disedari meninggal dunia di dalam biliknya ketika sedang tidur pada kira-kira pukul 11 pagi.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini.
Sebaik tiba pada kira-kira pukul 12.40 tengah hari, Ahmad Zahid segera menenangkan rakan karibnya Beh Song Wan, 60, atau 'Bujang' yang merupakan anak kepada mendiang.
Ahmad Zahid berkata hubungan antara beliau dan mendiang serta enam anak-anaknya amat rapat malah mereka dianggap seperti keluarganya sendiri sejak puluhan tahun lalu.
"Saya kehilangan emak angkat saya. Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah hari kedua Tahun Baharu Cina, saya sempat makan dan berbual dengan dia," katanya ketika ditemui Bernama dan RTM di kediaman itu hari ini.
Ahmad Zahid berkata beliau menyayangi hubungan rapat dengan keluarga berkenaan walaupun berlainan agama dan bangsa, yang dapat melambangkan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
Justeru, beliau meminta rakyat Malaysia sebagai masyarakat majmuk yang berbeza agama, bangsa dan budaya supaya menghormati antara satu sama lain demi mempertahankan keharmonian.
"Kita ikuti sunah Rasulullah S.A.W yang menghormati agama lain dan saya yakin jika keharmonian ini dapat kita pertahankan dan ditingkatkan maka silang budaya di kalangan rakyat dalam Malaysia bukan sekadar menghormati tetapi memahami agama, budaya dan bangsa berbeza.
"Ini kunci kepada keharmonian rakyat seluruh negara. Asalkan kita mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama kita masing-masing," katanya.
Sementara itu anak mendiang, Gina Beh Jiou Kim, 54, memberitahu kesihatan ibu mereka adalah baik dan hanya mengadu sakit perut baru-baru ini sebelum meninggal dunia.
"Mendiang ditemui dengan muka tersenyum dan dilihat tenang seolah-olah sudah mengetahui akan meninggal dunia," katanya. Jasad Cheah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina, Batu 18, Kuala Bikam pada pukul 10 pagi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Ahmad Zahid (dua, kanan) melihat jasad ibu angkat beliau mendiang Cheah Seoh Lian, 83, ketika hadir untuk memberi penghormatan terakhir di Taman Desa Bersatu Simpang Empat, Hutan Melintang hari ini. - Foto BERNAMA
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
Tiada penutupan ruang udara setakat ini - CAAM
Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Slogan pro-Palestin dan anti polis dilaungkan di Berlin
Demonstrasi aman sempena Hari Pekerja di Berlin pada Selasa diselingkan dengan jeritan slogan pro-Palestin dan anti polis.
Ribuan penunjuk perasaan banjiri ibu kota di Amerika Latin
Hari Pekerja Antarabangsa di kawasan Amerika Latin pada Rabu menyaksikan ribuan pekerja berhimpun di ibu kota utama untuk meneruskan perjuangan menuntut hak buruh dan tempatan.
Bendera Palestin diturunkan di New York
Rakaman saksi yang dikeluarkan pada Rabu memaparkan pegawai Jabatan Polis New York menanggalkan bendera Palestin dan menaikkan bendera Amerika di City College, New York.
Papagomo didakwa hari ini, kenyataan mengaib Agong
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan didakwa di Mahkamah Sesyen, pada Khamis kerana membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Jawatankuasa kaji paras kenaikan gaji penjawat awam
Perlu ada satu jawatankuasa seperti mana di sektor swasta bagi mengkaji secara menyeluruh skim gaji penjawat awam secara khusus, walaupun terdapat kenaikan setiap tahun.
Individu disenarai hitam dilarang mengajar tahfiz
Tegas Mohd Naim, pihak tahfiz perlu patuh kepada Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi Tahfiz yang diterbitkan Jakim pada 2019.
Perdana Menteri bukti kesungguhan hargai sumbangan penjawat awam - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga pasti mengejutkan penjawat awam kerana ia merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah pentadbiran awam negara.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.