awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid enggan ulas 'Langkah London'

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
05/01/2023
03:20 MYT
Zahid enggan ulas 'Langkah London'
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas 'Langkah London' yang kini banyak dibangkitkan sejak beberapa hari lepas. - Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas 'Langkah London' yang kini banyak dibangkitkan sejak beberapa hari lepas.
Tegasnya, beliau mendengar khabar angin berhubung isu tersebut namun menegaskan beliau enggan membuat keputusan berdasarkan khabar angin semata-mata.
"Saya ada dengar khabar angin. Saya tak buat keputusan berdasarkan khabar angin," katanya pada sidang selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Seri Lestari di sini pada Khamis.
Baru-baru ini tersebar gambar memaparkan individu didakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup di London.
Gambar tersebut menimbulkan spekulasi terdapat rancangan pihak tertentu untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Begitupun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa menjadi mangsa serangan fitnah pihak yang "tidak mengenal dosa" apabila dikaitkan dengan khabar mengenai 'Langkah London'.
Beliau yang juga bekas Perdana Menteri menjelaskan, sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU), beliau lebih banyak berdiam diri untuk mengelak daripada menjadi mangsa sebarang fitnah atau spekulasi.
Tegasnya, beliau tidak pergi atau bercuti ke London baru-baru ini sebaliknya menghabiskan masa bersama keluarganya di Timur Tengah.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Langkah London
#khabar angin
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan