MALAYSIA

Zahid Hamidi hadir ke SPRM

Bernama 24/06/2019 | 03:36 MYT
Ahmad Zahid dikatakan tiba kira-kira 9.30 pagi, sejam lebih awal daripada jadual janji temu yang ditetapkan. - Gambar fail
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid tiba kira-kira 9.30 pagi, sejam lebih awal daripada jadual janji temu yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tujuan kehadiran Presiden UMNO itu tidak diketahui.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Pertahanan pada Khamis lepas hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes 'land swap' membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.

-- BERNAMA
#Ahmad Zahid Hamidi #bekas timbalan Perdana Menteri #dipanggil ke SPRM #Presiden UMNO #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #Zahid ke SPRM