Semua pihak diminta menghentikan kritikan terhadap Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim selepas pendakwah bebas itu menolak pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pihak juga perlu menghormati keputusan Ustaz Kazim untuk terus menjadi pendakwah bebas bagi meneruskan usaha memartabatkan ummah dan agama Islam.
"Pada hemat saya ada hikmahnya kerana beliau boleh bergerak secara bebas di luar lingkungan UMNO untuk terus jadi pendakwah bukan sahaja kepada ahli UMNO tetapi kepada seluruh ummah," katanya kepada pemberita semasa melawat Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Semalam, Mohammad Kazim dilaporkan mengumumkan menolak pelantikan sebagai anggota MT kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan agama dan perpaduan umat Islam negara ini.
Pendakwah itu berkata beliau juga mahu memberi tumpuan kepada sekolah yang ditubuhkannya, Pusat Pendidikan Al-Barakah, di Jalan Maxwell, Ipoh, Perak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata ia adalah hak pendakwah bebas itu untuk membuat keputusan sedemikian.
Jamil Khir yang juga anggota MT berkata UMNO sentiasa membuka ruang kepada golongan ulama untuk berjuang bersama-sama membangunkan Islam di atas landasan arus perdana di negara ini.
"Ia adalah hak masing-masing dalam bidang atau cakupan masing-masing. Kita melihat ruang lingkup yang diberikan Umno untuk transformasi membangunkan agama Islam dengan menyediakan ruang kepada golongan ulama menunjukkan UMNO tidak pernah menyekat mana-mana pihak untuk bersama-samanya," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC.
Ditanya mengenai kedudukan Ustaz Kazim yang boleh berjuang bersama-sama UMNO untuk agama Islam walaupun tidak berada dalam MT, Jamil Khir berkata Islam boleh dibangunkan di atas mana-mana landasan.
Terdahulu, Jamil Khir menerima kunjungan hormat Imam Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi, Syeikh Dr Khalid Ali Al-Ghamidi.
Pada 29 Nov lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Ustaz Kazim adalah antara sembilan anggota MT yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 anggota MT tambahan yang diputuskan presiden UMNO mengikut Fasal 9.2.8. Perlembagaan UMNO.
Isnin lepas, Ustaz Kazim mengumumkan keputusan keluar dari PAS kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.
Bernama
Wed Dec 04 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.
Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.
Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan Isnin, 23 Mac lal
Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Kemenangan BN di Kimanis bukti kesinambungan kepercayaan pengundi - Zahid
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin adalah kesinambungan kepercayaan pengundi di parlimen itu terhadap parti ini.
UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.
Zahid didakwa atas pertuduhan rasuah pagi ini
Zahid akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan.
'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."
PAU2017: Saya tidak campur tangan soal usul jawatan presiden, timbalan presiden - PM Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.