Zahid janji bantu mangsa banjir kilat, Rara ucap terima kasih

Astro Awani
Disember 7, 2022 09:52 MYT
Zahid memaklumkan beliau telah menerima maklumat tentang banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan dan akan mengambil tindakan segera. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang melanda Felda Sungai Kemahal di Bentong mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid memaklumkan beliau telah menerima maklumat tentang banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan dan akan mengambil tindakan segera.
Beliau memaklumkan perkara tersebut di ruangan komen Facebook Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang memuat naik status mengenai situasi banjir di Felda Sungai Kemahal.
"Saya sudah menerima info berkenaan situasi ini dan akan mengambil tindakan segera untuk membantu mangsa banjir dan membaiki kerosakan akibat bencana ini," tulis Zahid.
Young Syefura atau Rara kemudiannya merakamkan penghargaan atas keprihatinan Zahid yang dipertanggungjawabkan menguruskan banjir.
"Terima kasihdiatas respon yang pantas DS (Datuk Seri). Kami menunggu bantuan dan kehadiran DS," tulis Rara di akaun Twitternya.

Insya Allah. Sama-sama bantu rakyat yang memerlukan bantuan. https://t.co/Uwn7YmS1hz

— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) December 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Zahid Hamidi #Young Syefura Othman #Pantau Kerajaan Baharu #Kabinet Kerajaan Perpaduan