Zahid simpati nasib 1,200 kakitangan Jasa

Sinar Harian
Oktober 16, 2018 02:18 MYT
AHMAD ZAHID: Saya mendoakan agar Allah melindungi mereka serta keluarga. - Gambar fail
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersimpati dengan nasib 1,200 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang ditamatkan perkhidmatan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Jasa yang telah memberikan sumbangan besar kepada kestabilan politik negara dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
"Saya bersimpati dengan mereka dan mendoakan agar Allah melindungi mereka serta keluarga," katanya menerusi akaun Twitter beliau pada Isnin.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan jabatan akan dibubarkan termasuk Jasa, Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).

Saya ucapkan terima kasih kepada semua warga JASA yg telah memberikan sumbangan besar kpd kestabilan politik negara dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Saya simpati dengan nasib mereka dan berdoa agar Allah SWT melindung mereka dan keluarga.

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau menyifatkan Jasa dan JKKP perlu dibubarkan kerana ia berunsur politik.
BACA: SPAD dibubarkan, tugas dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan - Tun M
BACA: Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO
BACA: Badan-badan tidak relevan akan dibubar - Tun Mahathir
#bubar #jasa #kakitangan #Mahathir Mohamad #patriotisme #rakyat #sumbangan besar #terima kasih #Twitter #UMNO #Zahid Hamidi