awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO

Bernama
Bernama
24/05/2018
03:56 MYT
Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO
UMNO berkata, SPAD ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi JPJ. - Gambar hiasan
UMNO menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membubarkan beberapa agensi lebih berupa satu bentuk 'hukuman' kepada rakyat.
UMNO melalui kenyataan daripada Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabatnya berkata dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran setiap ceruk negara dipantau.
"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) misalnya ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," kata kenyataan itu.
Katanya, mungkin ada kebenaran bahawa kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM500 juta setahun dengan pemberhentian semua petugas agensi terbabit tetapi pada waktu yang sama merancang pembubaran tol yang menurut Moody's akan membabitkan pampasan yang terlalu tinggi.
"Kita kesal kerana di saat pekerja di agensi-agensi terbabit akan menyambut Aidilfitri, mereka 'dihadiahkan' dengan keputusan yang sama sekali menutup periuk nasi mereka.
"Kami merasakan adalah wajar pekerja terbabit diserapkan ke jabatan dan agensi lain kerajaan, dan tidak sekadar membiarkan mereka hilang sumber pendapatan dalam sekelip mata," katanya.
Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu mengumumkan beberapa agensi dibubarkan iaitu SPAD, Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi
#bubar
#Hukuman
#jasa
#JPJ
#kabinet
#lantikan politik
#Mahathir Mohamad
#Majlis Profesor Negara
#Moody's
#Pakatan Harapan
#pampasan
#pertindihan
#politik
#rakyat
#SPAD
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan