awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid tiba di Malta untuk hadiri mesyuarat CHOGM

Bernama
Bernama
28/11/2015
01:50 MYT
Zahid tiba di Malta untuk hadiri mesyuarat CHOGM
imbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (dua, kanan) sebaik tiba di hotel penginapan beliau pada Jumaat bagi menghadiri CHOGM24. - Gambar Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini pada Jumaat untuk menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-24.
Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia) dengan turut diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.
Ketibaan beliau disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Malaysia ke Itali Datuk Abdul Samad Othman dan para pegawai kanan Kementerian Luar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Unit Perancang Ekonomi.
Ahmad Zahid mempunyai jadual ketat yang antara lain bakal menghadiri majlis dialog, program pemukiman dan acara penutup CHOGM.
CHOGM yang bermula hari ini akan menangangi isu seperti perubahan iklim, migrasi, ekstremisme keganasan, pemerkasaan belia, kesaksamaan gender dan hak asai manusia.
Dengan bertemakan "Menambah Nilai Global", CHOGM 2015 mahu mendapat kekuatan Komanwel dalam politik antarabangsa untuk menghadapi isu-isu global.
Topic Berkaitan
#Abdul Samad Othman
#Ahmad Zahid Hamidi
#Anifah Aman
#CHOGM
#Hamidah Khamis
#Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan