PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zaini Ujang sekali lagi dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan memulakan tugas rasmi bermula hari ini.
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Mohamad Azhan Md Amir bersama-sama barisan pengurusan tertinggi kementerian itu.
"Sebelum mendengar taklimat berkenaan pencapaian, hala tuju dan pengoperasian KPT, Zaini turut bertemu dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk melapor diri dan menerima amanat," menurut kenyataan itu.
KPT memaklumkan ini merupakan kali kedua Zaini menggalas jawatan sebagai KSU KPT selepas pertama kali dilantik pada 2013 hingga 2016.
Zaini, 59, pernah berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Alam Sekitar dan Air dan terakhir di Kementerian Kesihatan sebelum lantikan baharu itu.
Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar daripada Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran dalam bidang rawatan air dan sisa, beliau juga pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kelima dari 2008 hingga 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
KPT memaklumkan ini merupakan kali kedua Zaini menggalas jawatan sebagai KSU KPT selepas pertama kali dilantik pada 2013 hingga 2016. - Gambar fail/Bernama
Rusia alu-alu kerjasama utuh Malaysia di pentas global
Ketua Pegawai Eksekutif Roscongress Foundation, Alexander Stuglev menyatakan menyokong usaha Malaysia untuk menjadi hab serantau, mengukuhkan kerjasama strategik di pentas global. Dengan fokus pada hubungan perdagangan, pembangunan teknologi, dan kelestarian, kedua-dua negara terus membina perkongsian utuh bagi manfaat bersama ASEAN dan dunia.
NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian - PM
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berjaya menyekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian dan menyita sejumlah RM6 juta setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Banjir: Malaysia teliti semula kajian lama Jepun bina tebing di kawasan pantai negara - PM
Kerajaan akan meneliti kajian Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk membina tebing tinggi di seluruh kawasan pantai bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negara.
Ibu pula menyusul 'pergi' selepas tiga hari anak meninggal dunia
Seorang ibu yang ditemukan tidak sedarkan diri bersama mayat anaknya di sebuah rumah di Kampung Gual To'Deh, di sini yang sedang dilanda banjir, meninggal dunia pada Selasa.
“Kampar akan bangun mengganggu” - YB Beluran
Kekecohan berlaku didalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Kampar cuba mencelah perbahasan YB Masjid Tanah. “Jadi kebiasaan setiap kali kami berbahas Kampar akan bangun menganggu, speaker seolah membenarkan dan tidak menegur..”kata YB Beluran
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Malaysia rangkul 4 trofi di APFF ke-61, Azira Shafinaz dan Fabian Loo dinobat Pelakon Pembantu Terbaik
Malaysia turut meraih kejayaan dalam kategori Filem Pendek Terbaik melalui The Lonely Piano dan Anugerah Khas Juri menerusi filem EMP4T.
Negara rugi RM1.224 bilion akibat jenayah dalam talian
Negara kerugian RM1.224 bilion akibat jenayah dalam talian bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerugian itu melibatkan pelbagai bentuk jenayah dalam talian termasuk jenayah telekomunikasi, love scam, dan e-Dagang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerugian itu melibatkan pelbagai bentuk jenayah dalam talian termasuk jenayah telekomunikasi, love scam, dan e-Dagang.
Kerajaan pertimbang pampasan bina semula rumah mangsa banjir
Kerajaan akan mempertimbang pampasan sewajarnya kepada mangsa banjir yang kediamannya musnah sepenuhnya untuk membolehkan mereka membina semula rumah pasca bencana berkenaan.
“Buat sidang kedua, tiada masalah kita dah buat 2 tahun dan berjalan dengan baik” - Radzi
Ahli Parlimen Putrajaya mencadangkan sidang kedua peperiksaan SPM bagi calon yang menjadi mangsa banjir. Jelasnya sidang kedua peperiksaan SPM pernah dilakukan dan boleh mencapai objektif yang sama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Adik berusia 17 tahun boleh fikir tentang keadaan calon SPM tahun hadapan” - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah berkongsi rasa sedih dan kesal tentang pelajar mangsa banjir yang perlu meneruskan peperiksaan SPM. “Menteri patut mendengar dan memahami keadaan calon yang terkesan”katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Zaini Ujang sekali lagi dilantik KSU KPT
Datuk Seri Dr Zaini Ujang sekali lagi dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
PKP: Ada hikmah di sebalik tidak dapat balik kampung - KSU KASA
Tidak dapat pulang berhari raya di kampung merupakan antara hikmah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumum baru-baru ini.
Muat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir untuk ketahui maklumat terkini banjir
Orang ramai digalak memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir menerusi telefon pintar masing-masing.