awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zakat fitrah jangan dilupa, ini kadar bayaran bagi tahun 2022

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2022
01:00 MYT
Zakat fitrah jangan dilupa, ini kadar bayaran bagi tahun 2022
Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. - Gambar fail Bernama
SETIAP kali Ramadan menjelma, umat Islam yang cukup syarat wajib membayar zakat fitrah.
Siapa yang wajib itu? Ia diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadan.
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan.
Zakat fitrah boleh dibayar sepanjang bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan solat sunat Aidilfitri.
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadhan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim) - Sumber: PPZ MAIWP
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Bagi memudahkan anda menyediakan wang untuk menunaikan zakat, Astro AWANI menyenaraikan kadar zakat fitrah di seluruh Malaysia.
Berikut adalah senarai bagi tahun ini:
Perlis - RM 7
Kedah - RM 7, RM 14, RM 21
Pulau Pinang - RM 7, RM 13, RM 20
Perak - RM 7, RM14, RM 21
Selangor - RM 7, RM14, RM 21
Negeri Sembilan - RM 7
Melaka - RM 7, RM14, RM21
Johor - RM 7, RM 10
Pahang - RM 7
Terengganu - RM 7
Kelantan - RM 7, RM14, RM 21
Sarawak - RM 7
Sabah - RM 7
Wilayah Persekutuan - RM 7, RM 14, RM 21
Diharapkan dengan maklumat ini, anda boleh merancang sebaiknya waktu untuk menunaikan zakat pada tahun ini.
Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Topic Berkaitan
#zakat fitrah
#kadar zakat
#Ramadan
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan