Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025

Mohamad berkata sehingga menjelang 2026, sebanyak RM196.54 juta kutipan telah direkodkan merangkumi zakat harta berjumlah RM187.65 juta dan zakat fitrah sebanyak RM8.89 juta. - Gambar MAINPP
GEORGE TOWN: Kutipan Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang hampir mencapai sasaran RM200 juta seperti ditetapkan bagi 2025, sekali gus melepasi kutipan tahun lepas iaitu sebanyak RM172.8 juta.
Ringkasan AI
- Kutipan Zakat di MAINPP hampir capai sasaran RM200 juta bagi tahun 2025, melebihi kutipan tahun lepas RM172.8 juta.
- Peningkatan kutipan harta dan fitrah kepada RM196.54 juta menjelang 2026, menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap keberkesanan pengurusan MAINPP.
- Usaha bersama MAINPP, warga kerja Zakat, rakan strategik, dan sokongan masyarakat Islam dan korporat Pulau Pinang, turut dorong peningkatan kutipan zakat, memperkasakan asnaf melalui program pembangunan ekonomi, pendidikan, kebajikan, dan kesejahteraan ummah.
"Peningkatan melebihi 10 peratus ini adalah bukti kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap integriti MAINPP yang ditekankan oleh kepimpinan dan pengurusan MAINPP serta Zakat MAINPP.
"Pencapaian ini juga hasil usaha bersepadu dan pengembelengan tenaga semua pihak termasuk pengurusan MAINPP, pengurusan dan warga kerja Zakat MAINPP selaku agensi pelaksana, rakan strategik serta sokongan berterusan daripada masyarakat Islam dan korporat di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata peningkatan kutipan itu turut didorong oleh tahap kesedaran pembayar zakat yang semakin tinggi susulan keyakinan mereka terhadap pelaksanaan pelbagai program pembangunan asnaf oleh MAINPP di negeri ini.
Beliau yakin melalui perancangan strategik, penambahbaikan sistem perkhidmatan zakat serta kempen kesedaran berterusan, MAINPP mampu merealisasikan iltizamnya untuk memanfaatkan kutipan zakat bagi memperkasakan asnaf menerusi program pembangunan ekonomi, pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan ummah seperti digariskan dalam Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 Negeri Pulau Pinang (APAI2030).
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pembayar zakat atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan serta mengajak seluruh umat Islam di negeri ini untuk terus menunaikan zakat melalui MAINPP.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


