MALAYSIA
Zakir Naik tokoh Islam kontemporari
Zakir (kanan) menerima Anugerah Raja Faisal 2015 daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas sumbangan besarnya dalam dakwah global. - Foto Agensi/Sinar Harian
NEW DELHI: Nama Dr Zakir Naik bukanlah asing dalam dunia dakwah kontemporari. Walaupun dikecam dan dicabar dari pelbagai sudut, beliau terus menjadi antara tokoh Islam paling berpengaruh di peringkat global.
Sejak lebih dua dekad lalu, ceramah dan hujah-hujahnya yang tajam bersandarkan fakta dan dalil, menjadikannya rujukan bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan juga dalam dialog antara agama.
Zakir yang berasal dari Mumbai, India, meninggalkan kerjaya sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah Islam, sesuatu yang jarang dilakukan oleh tokoh profesional.
Keputusan itu terbukti membawa impak besar di mana ceramahnya kini diikuti jutaan orang di seluruh dunia melalui platform digital seperti YouTube, Facebook dan Peace TV yang diasaskannya sendiri.
Dari Mumbai ke Malaysia
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965, Zakir membesar dalam suasana keluarga Islam konservatif. Beliau menerima pendidikan awal di India sebelum melanjutkan pengajian perubatan dan memperoleh ijazah Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).
Namun pada awal 1990-an, beliau mula aktif berdakwah secara terbuka dan menyampaikan ceramah perbandingan agama, khususnya antara Islam, Kristian dan Hindu.
Gaya penyampaian beliau yang tersusun dan didasari ilmu menjadikan ceramah-ceramahnya sering mendapat sambutan luar biasa, termasuk dalam kalangan bukan Islam.
Pada tahun 2016, beliau berpindah ke Malaysia selepas New Delhi mula mengenakan tekanan ke atas beliau dengan mengenakan pelbagai tuduhan berkait ekstremisme dan hasutan.
Kerajaan Malaysia kemudiannya memberikan beliau status penduduk tetap (PR) dan sehingga kini, beliau menetap di sini bersama keluarganya.
Tarik ribuan peluk Islam
Berbeza dengan pendekatan emosional yang digunakan sesetengah pendakwah, Zakir memilih untuk menggunakan pendekatan ilmiah dan rasional.
Beliau dikenali kerana kebolehannya menghafal dan memetik ayat dari pelbagai kitab agama termasuk Bible, Veda dan Tripitaka.
Beliau juga sering mengadakan sesi soal jawab terbuka, di mana para hadirin dibenarkan bertanya apa sahaja termasuk soalan kritikal tentang Islam, syariah, Nabi Muhammad SAW atau isu semasa seperti keganasan dan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Jawapan yang diberikan sentiasa berdasarkan logik dan nas yang kukuh, menjadikan beliau dihormati sebagai pendebat agama yang berwibawa.
Ceramah beliau bukan hanya mendidik malah menarik ribuan orang memeluk Islam di seluruh dunia termasuk dalam program ceramah awam.
Antara pujian dan kritikan
Walaupun dihormati masyarakat, Zakir tidak terlepas daripada kontroversi.
Beberapa negara seperti Kanada, United Kingdom (UK) dan India telah menyenarai hitam beliau atas alasan keselamatan dan sensitiviti agama.
Namun, dalam setiap kenyataan, beliau menegaskan bahawa beliau menolak sebarang bentuk keganasan dan tidak pernah menyeru kepada kebencian antara agama.
Sebaliknya, beliau menyatakan tujuannya adalah untuk menyampaikan kebenaran Islam dengan cara yang berhemah dan terbuka.
Di Malaysia, walaupun beliau mendapat sokongan besar daripada sebahagian masyarakat, beliau juga dikritik oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan caranya berdakwah.
Namun begitu, Zakir tetap memilih untuk mendiamkan diri daripada perdebatan politik dan terus menjalankan dakwah dalam platform yang lebih tertutup dan atas talian.
Pengaruh yang berkekalan
Hari ini, walaupun tidak lagi aktif berceramah secara terbuka seperti dahulu, pengaruh Zakir tidak pernah luntur.
Ratusan video ceramahnya terus beredar di media sosial dan menjadi bahan rujukan dakwah global.
Peace TV yang diasaskannya kini menjadi antara saluran dakwah Islam paling berpengaruh dengan capaian ke lebih 100 negara.
Beliau juga menjadi idola kepada pendakwah muda dari pelbagai latar belakang termasuk Afrika, Asia Tenggara dan Eropah.
Kebangkitan tokoh seperti Zakir menunjukkan bahawa dunia Islam masih memerlukan suara intelektual yang berani, bernas dan berpaksikan ilmu.
Dalam dunia yang semakin keliru antara hak dan batil, peranan pendakwah seperti beliau amat penting untuk mengembalikan kefahaman yang sebenar tentang Islam.
Sehingga kini, nama beliau kekal sebagai simbol ketegasan dalam menyampaikan risalah Islam meskipun dilanda cabaran dan sekatan yang tidak pernah surut. - Agensi/Sinar Harian