Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar hari ini menegaskan bahawa zaman penjawat awam perlu menurut arahan membuta tuli telah berlalu.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata bagi mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, setiap penjawat awam perlu menjadi pemimpin yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, bukan hanya menjadi seorang pengikut.
"Segala pendekatan baharu ini tidak mungkin dapat dilaksana sekiranya kita semua masih dibuai mimpi lama. Pada masa terhad ini, penjawat awam perlu bertindak pantas dalam tugasan berlandaskan kepada prinsip bersih, cekap dan amanah," katanya.
Katanya pemisahan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan kehakiman perlu diutamakan dalam memastikan integriti perkhidmatan awam tidak dipertikai.
Beliau berkata ketika semua rakyat melangkah ke era Malaysia baharu, perkhidmatan awam juga harus tekad untuk maju sederap dalam memberi khidmat terbaik kepada nusa dan bangsa.
Dalam pada itu, Ismail berkata sejak menerima lantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara seminggu lepas, antara ikrar utama beliau adalah melaksanakan reformasi ke arah mensejahterakan perkhidmatan awam dan rakyat amnya.
"Kebelakangan ini, imej perkhidmatan awam agak sedikit tercalar akibat terkait dengan isu integriti dan tadbir urus dalam kalangan penjawat awam. Sebagai institusi tulang belakang negara, kita harus berani bertindak untuk terus mempertingkat kecekapan, akauntabiliti, integriti, tadbir urus, ketelusan dan etika dalam pelaksanaan tugas," katanya.
Beliau berkata perkhidmatan awam yang berfungsi sebagai institusi pelaksana harus sentiasa berada dalam barisan hadapan ketika menyantuni rakyat serta menutup semua jurang antara keduanya supaya perasaan pemilikan dapat diresapi oleh semua lapisan masyarakat.
Katanya dalam memberi khidmat terbaik kepada negara, penjawat awam juga perlu sentiasa bersedia melaksanakan perubahan untuk mengharungi halangan yang dihadapi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 05 2018

Sejak menerima lantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara seminggu lepas, antara ikrar utama Ismail ialah untuk melaksanakan reformasi ke arah mensejahterakan perkhidmatan awam dan rakyat amnya. - fotoBERNAMA / Fail
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Zaman penjawat awam ikut arahan membuta tuli telah berlalu
Bagi mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, setiap penjawat awam perlu menjadi pemimpin yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, bukan hanya menjadi seorang pengikut.