awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zamani Slam tangguh kahwin sebab banyak kerja

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2019
02:54 MYT
Zamani Slam tangguh kahwin sebab banyak kerja
Menurut Zamani, karier seninya sedang berkembang dengan baik dan dia tiada pilihan selain daripada memberikan tumpuan yang bersungguh-sungguh. - Gambar fail
SETELAH sekian lama membujang, penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau Zamani masih belum menunjukkan tanda-tanda yang dia akan berkahwin.
Sejak dari awal kemunculannya bersama band Slam, Zamani dan kisah perkahwinan tidak pernah lekang daripada dibicarakan di media tempatan.
Pernah dikaitkan dalam beberapa siri 'percintaan' dengan beberapa wanita termasuk seorang artis wanita tersohor, Zamani dikenali wartawan sebagai artis yang kurang gemar bercakap mengenai hal peribadi.
Namun, dalam sidang akhbar sempena Konsert 3 Suara di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur baru-baru ini, Zamani membuat pengakuan, dia terpaksa menangguhkan keputusan untuk berkahwin kerana harus mendahulukan karier seninya.
Zamani yang sangat terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang memberitahu, dia tidak bermaksud untuk membiarkan semua orang menunggunya naik pelamin apa lagi pada usianya bakal mencecah 48 tahun pada Mei depan.
“Bukan nak mendahulukan karier, saya sama sekali tak bermaksud nak biar orang menunggu tapi memang tak dinafikan karier sekarang sedang berkembang dengan baik, suka ataupun tidak saya terpaksa tangguhkan dahulu soal kahwin,” ini jawapan Zamani apabila ditanya soal menamatkan zaman bujang seperti dilapor Utusan Malaysia.
Dalam masa sama, Zamani berjanji tidak akan merahsiakan hal perkahwinan apabila sampai masanya kelak.
KUMPULAN Slam merupakan band yang cukup diminati di Malaysia dan Indonesia. - Gambar fail
KUMPULAN Slam merupakan band yang cukup diminati di Malaysia dan Indonesia. - Gambar fail
Topic Berkaitan
#Gerimis Mengundang
#kahwin
#slam
#Zamani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan