PUTRAJAYA: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertemu dengan rakan sejawatnya Ali Sabry dari Sri Lanka dan Abdulla Shahid dari Maldives semasa lawatan kerja tiga harinya ke London yang berakhir pada Rabu bersempena sambutan Hari Komanwel.
Zambry dalam kenyataan pada Khamis berkata dalam pertemuannya dengan Ali, kedua-dua mereka senada dalam usaha untuk terus meningkatkan hubungan baik kedua-dua negara yang telah terjalin sejak sekian lama.
Kedua-dua menteri percaya masih banyak peluang dan ruang untuk penambahbaikan terutamanya dalam aspek pelaburan.
"Menurut beliau (Ali), Malaysia adalah antara penyumbang utama kepada pembangunan sektor telekomunikasi di Sri Lanka," katanya.
Zambry berkata banyak lagi bidang-bidang pelaburan baharu yang boleh diterokai secara bersama di Sri Lanka seperti pembangunan pelabuhan, industri hospitaliti dan industri penapisan petroleum.
Tambahnya perkara berkenaan akan terus diperhalusi melalui mekanisme Rundingan Dua Hala antara Malaysia dan Sri Lanka.
Dalam pertemuan dengan Menteri Luar Maldives, Zambry berkata mereka membincangkan pelbagai perkara terutamanya usaha untuk meningkatkan ketersambungan bagi mengeratkan hubungan dan merancakkan interaksi di antara rakyat Malaysia dan Maldives.
"Saya juga telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Maldives di dalam bidang pelancongan dan kebudayaan," katanya.
Selain itu, kedua-dua menteri turut bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu global dan rantau yang berkepentingan bersama dan sependapat bahawa Malaysia dan Maldives harus terus bekerjasama rapat bagi menjaga keamanan dan kestabilan rantau ini.
"Pada tahun ini, Malaysia dan Maldives meraikan ulang tahun ke-55 penubuhan hubungan diplomatik. Sejak 1968, hubungan dua hala kita semakin kukuh dengan Maldives di atas faktor kesamaan nilai budaya dan agama," katanya.
Dalam pada itu, Zambry turut mengambil peluang mengadakan pertemuan bersama rakyat Malaysia yang berada di London dan berbincang mengenai pelbagai isu domestik dan hal ehwal luar negeri Malaysia.
"Ternyata, walaupun jauh dari kampung halaman, rasa patriotik dan cintakan negara tidak pernah pudar walau di mana pun mereka berada. Mereka tetap memberikan pelbagai idea dan cadangan dalam usaha bersama-sama membangunkan negara," katanya.
Zambry berkata cadangan-cadangan mereka akan disampaikan kepada Kabinet untuk sama-sama diperhalusi.
Zambry mengetuai delegasi Malaysia ke tiga acara penting Komanwel di London iaitu Sambutan Hari Komanwel, Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri-menteri Komanwel (CMAG) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Hal Ehwal Luar Komanwel (CFAMM).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertemu dengan rakan sejawatnya Ali Sabry dari Sri Lanka dan Abdulla Shahid dari Maldives semasa lawatan kerja tiga harinya ke London. - Foto FB Zambry Abdul Kadir/Sinar Harian

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Hanya 35 peratus suri rumah mencarum perlindungan bawah SKSSR - Sivakumar
Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah mendapat perlindungan di bawah SKSSR setakat Isnin, berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPT pelawa pemain industri kerjasama dengan IPT rangka program TVET terbaik
KPT menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan IPT, untuk merangka program TVET yang terbaik pada masa akan datang.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Wisma Putra ucap tahniah atas kejayaan Erdogan
Kementerian Luar Negeri Malaysia berharap dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Agong berkenan terima menghadap pengerusi jawatankuasa tetap NPC China
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji da

Isu sesebuah negara tidak boleh terus hambat pembangunan ASEAN - Zambry
Isu-isu melibatkan negara berkaitan seharusnya tidak menjadi penghalang untuk ASEAN terus berkembang mencapai potensinya pada masa depan.

Sidang Kemuncak ASEAN 2023: Penyertaan Timor Leste, krisis Myanmar antara tumpuan - Zambry
Pelan hala tuju penyertaan Timor Leste ke dalam ASEAN antara perkara yang bakal menjadi tumpuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada 9 hingga 11 Mei ini.

Tiga rakyat Malaysia terkandas di Sudan dijangka tiba di tanah air Ahad
Mereka telah tiba di King Faisal Naval Base, Jeddah dengan kapal tentera laut kerajaan Arab Saudi, 'Amanah'.

Wisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan
Mereka terdiri daripada seorang wanita dan dua anaknya yang merupakan warga Malaysia manakala suami warga Sudan.

Zambry akan adakan lawatan kerja ke New Zealand
New Zealand merupakan negara Pasifik yang pertama dilawati oleh Zambry sejak dilantik menyandang jawatan itu pada Dis 2022.

Pembahagian kerusi PRN: BN tidak akan ketepi komponen lain - Zambry
Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ops Sudan selesai, Wisma Putra terus pantau perkembangan - Zambry
Jelas Zambry, dengan kepulangan 30 rakyat Malaysia itu maka Ops Sudan yang dilancarkan sejak 15 April lalu selesai.

Ops Sudan: 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air hari ini
Tiga puluh rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan, ketika negara itu dilanda konflik, selamat tiba di tanah air hari ini.