MALAYSIA
Zara Qairana menitiskan air mata ketika dipanggil dalam ambulans - Guru
Zara Qairina, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai. - Gambar fail/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika namanya dipanggil dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth.
Ringkasan AI
Nor Asima Zaiton, 49, yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, berkata beliau bergegas ke asrama selepas dihubungi Ketua Warden Azhari Abd Sagap, pada hari pelajar terbabit ditemukan tidak sedarkan diri.
"Saya tidak kenal Zara Qairina secara peribadi kerana saya tidak mengajar kelasnya. Saya hanya menemaninya ke hospital. Dalam perjalanan, saya membantu paramedik membalut tangan kiri Zara Qairina. Saya kemudian memanggil namanya dan melihat titisan air mata mengalir dari matanya.
"Kakinya masih berdarah ketika berada dalam ambulans. Setelah tiba di hospital, saya menghubungi ibu Zara Qairina dan memaklumkannya bahawa kami sudah sampai. Saya berada di hospital hingga pukul 1 tengah hari," kata Nor Asima yang turut merupakan warden asrama sekolah itu.
Saksi ke-55 itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali, Mohd Fairuz Johari, pada prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Tambah saksi, beliau juga menyerahkan baju yang dipakai Zara Qairina kepada sepupu ibunya ketika berada di hospital.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.
Prosiding inkues bersambung esok.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Zara Qairina Mahathir menitiskan air mata dua kali ketika namanya dipanggil semasa perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth selepas ditemui tidak sedarkan diri di sekolah.
- Nor Asima Zaiton, seorang guru di SMKA Tun Datu Mustapha, membantu paramedik dan memanggil ibu Zara Qairina setelah tiba di hospital.
- Zara Qairina, berusia 13 tahun, disahkan meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya.