MALAYSIA
Zara Qairina: Kes hina mahkamah Shafie Apdal didengar 3 Februari, Mona Din didenda RM300
Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Februari sebagai tarikh pendengaran kes bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung dakwaan menghina mahkamah berkaitan kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 3 Februari depan sebagai tarikh pendengaran kes bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung dakwaan menghina mahkamah berkaitan kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan membuat penetapan itu dan mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit selewat-lewatnya pada 26 Disember ini.
Mahkamah turut menetapkan afidavit jawapan difailkan pada atau sebelum 9 Januari depan, manakala hujahan bertulis oleh kedua-dua pihak perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 19 Januari.
Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna tidak hadir ke mahkamah, namun diwakili pasukan peguamnya, Chen Ket Chuin KC, bersama Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam.
Ket Chuin berkata, pihaknya telah memfailkan permohonan pada 15 Disember lalu bagi membatalkan prosiding komital tersebut.
"Selain itu, kami juga telah memfailkan afidavit sokongan bagi permohonan tersebut serta afidavit bantahan untuk mencabar prosiding komital," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya pada 26 Disember ini.
"Kami pula akan memfailkan afidavit balasan sebelum atau pada 9 Januari manakala hujahan bertulis hendaklah difailkan selewat-lewatnya pada 19 Januari 2026.
"Prosiding pendengaran pula ditetapkan pada 3 Februari 2026," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan.
Sementara itu, dalam mahkamah sama, aktivis Che Muna Din atau lebih dikenali sebagai Mona Din yang didakwa mempersoalkan kenyataan saksi dalam inkues berkenaan 4 September lalu, mengaku bersalah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM300 terhadap tertuduh dan jika gagal membayar, boleh dipenjara selama 14 hari. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Februari sebagai tarikh pendengaran kes bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung dakwaan menghina mahkamah berkaitan kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
- Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit selewat-lewatnya pada 26 Disember, afidavit jawapan pada 9 Januari, dan hujahan bertulis pada 19 Januari.
- Mohd Shafie tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh pasukan peguamnya; mereka telah memfailkan permohonan untuk membatalkan prosiding komital dan afidavit sokongan serta bantahan bagi permohonan tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan membuat penetapan itu dan mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit selewat-lewatnya pada 26 Disember ini.
Mahkamah turut menetapkan afidavit jawapan difailkan pada atau sebelum 9 Januari depan, manakala hujahan bertulis oleh kedua-dua pihak perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 19 Januari.
Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna tidak hadir ke mahkamah, namun diwakili pasukan peguamnya, Chen Ket Chuin KC, bersama Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam.
Ket Chuin berkata, pihaknya telah memfailkan permohonan pada 15 Disember lalu bagi membatalkan prosiding komital tersebut.
"Selain itu, kami juga telah memfailkan afidavit sokongan bagi permohonan tersebut serta afidavit bantahan untuk mencabar prosiding komital," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya pada 26 Disember ini.
"Kami pula akan memfailkan afidavit balasan sebelum atau pada 9 Januari manakala hujahan bertulis hendaklah difailkan selewat-lewatnya pada 19 Januari 2026.
"Prosiding pendengaran pula ditetapkan pada 3 Februari 2026," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan.
Sementara itu, dalam mahkamah sama, aktivis Che Muna Din atau lebih dikenali sebagai Mona Din yang didakwa mempersoalkan kenyataan saksi dalam inkues berkenaan 4 September lalu, mengaku bersalah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM300 terhadap tertuduh dan jika gagal membayar, boleh dipenjara selama 14 hari. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tarikh pendengaran kes bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung dakwaan menghina mahkamah?
A: 3 Februari telah ditetapkan sebagai tarikh pendengaran kes tersebut. - Q: Siapakah yang mewakili Mohd Shafie Apdal di mahkamah kerana beliau sendiri tidak hadir?
A: Pasukan peguamnya, Chen Ket Chuin KC, bersama Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam, mewakili Mohd Shafie Apdal di mahkamah. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak pendakwaan berkenaan afidavit dan hujahan bertulis dalam kes ini?
A: Pihak pendakwaan diarahkan untuk memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya pada 26 Disember, manakala hujahan bertulis perlu dikemukakan pada 19 Januari. - Q: Apakah kesimpulan bagi kes Mona Din yang didakwa mempersoalkan kenyataan saksi dalam inkues?
A: Mona Din mengaku bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM300 terhadapnya, dengan pilihan dipenjara selama 14 hari jika gagal membayar denda. - Q: Siapakah yang mengendalikan pendakwaan dalam kes ini?
A: Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan.