awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zara Qairina tidak mungkin terjatuh atau ditolak - Pakar patologi

Bernama
Bernama
03/09/2025
11:13 MYT
Zara Qairina tidak mungkin terjatuh atau ditolak - Pakar patologi
Dr Hiu yang berkhidmat sebagai Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth di sini sejak 1998 berkata beliau dimaklumkan bahawa ketinggian Zara Qairina sebelum kematiannya adalah 154 cm. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor asrama sekolahnya.
Dr Jessie Hiu, 58, yang menjalankan bedah siasat terhadap Zara Qairina berkata berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian, ukuran ketinggian dari lantai ke bahagian paling atas palang logam mendatar yang dipasang pada penghadang konkrit di tingkat tiga adalah 118 cm.
Dr Hiu yang berkhidmat sebagai Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth di sini sejak 1998 berkata beliau dimaklumkan bahawa ketinggian Zara Qairina sebelum kematiannya (antemortem) adalah 154 cm.
"Perbezaan antara ketinggian si mati dan bahagian paling atas palang logam mendatar itu ialah 36 cm. Ketinggian palang logam terbabit melebihi tiga perempat daripada ketinggian remaja itu dan mungkin melebihi pusat graviti badannya. (Bagi wanita, pusat graviti biasanya terletak di kawasan pelvis, selalunya sedikit di bawah pusat badan ketika dalam posisi berdiri)."
"Berdasarkan ukuran itu, saya berpandangan tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor.
"Berdasarkan ketinggian dan lebar penghadang konkrit, ketinggian palang logam mendatar serta ketinggian si mati, ada kemungkinan dia memanjat penghadang konkrit, melintasi palang logam tersebut, dan berdiri di atas penghadang konkrit," katanya.
Dr Hiu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari pertama prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Zara Qairina.
Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#Dr Jessie Hiu
#Hospital Queen Elizabeth
#Justice for Zara Qairina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan