PETALING JAYA: Zayn Rayyan Abdul Matiin bukan kanak-kanak bermasalah dan kebanyakan masa hanya dihabiskan di rumah.
Jiran sebelah rumah mangsa, Abd Rashid Tatawi, 39, berkata, kanak-kanak autistik berusia 6 tahun itu hanya kelihatan ketika pergi dan balik dari sekolah yang sentiasa ditemani ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 28.
Menurutnya, Zayn juga tidak bergaul bersama anak-anak jiran yang biasanya akan bermain di koridor tingkat tiga rumah mereka pada waktu petang.
"Saya tak berapa kenal dengan keluarga mangsa kerana masing-masing sibuk bekerja dan hanya akan bersembang jika kebetulan bertembung.
"Zayn bukan kanak-kanak yang suka kacau orang dan bukan jenis yang meragam, nak dengar suara dari dalam rumah pun tak ada. Pada saya dia bukan anak yang bermasalah," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Abd Rashid berkata, kehilangan Zayn hanya diketahui sekitar jam 8.30 malam, Selasa ketika dia pulang berniaga dari Damansara.
"Saya ada turut serta mencari mangsa di kawasan sekitar blok termasuk belukar (lokasi mayat ditemui) dari jam 8.30 malam hingga jam 1 pagi namun tidak jumpa sebarang petunjuk.
"Pada malam mayat Zayn ditemui pula, saya yang selesai berniaga sempat ke lokasi dan memapah bapanya yang pengsan, " katanya.
Susulan kejadian itu katanya, dia bersama isteri lebih berwaspada dan turut membawa anak-anak pergi berniaga kerana khuatir meninggalkan enam anaknya berusia satu hingga 18 tahun bersendirian di rumah.
"Lepas kejadian, bohong la jika kata tak takut. Selagi suspek tidak ditangkap, selagi itu kita risau sebab tak tahu siapa pelakunya," katanya.
Seorang lagi jiran mangsa, Shida Rajali, 35, berkata, dia tidak sangka kes Zayn diklasifikasikan sebagai kes bunuh kerana menyangka ia hanya kes hilang biasa.
"Masa Zayn dilaporkan hilang, saya ada terserempak dengan mak mangsa di bawah blok seperti mencari sesuatu, tapi masa tu saya tak tahu yang Zayn hilang.
"Hanya tahu Zayn hilang apabila diberitahu suami. Ketika itu saya ingat hanya kes hilang biasa tapi tak sangka sampai membawa ke bunuh," katanya.
Katanya, susulan kejadian itu, dia tidak berani untuk meninggalkan anaknya bersendirian di rumah.
"Biasa kalau hantar anak ke sekolah, saya akan tinggalkan dua anak yang lain sekejap di rumah kerana ada kala hanya berjalan kaki ke sekolah.
"Namun selepas kejadian, nak tinggal sepuluh minit anak di rumah pun tak berani. Lagi sanggup bawa semua asalkan sentiasa ada di depan mata," katanya.
Dia berharap pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Idaman dapat memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan ini untuk keselamatan penduduk.
"Saya dan suami juga bercadang untuk memasang CCTV di luar rumah kerana rumah kami terletak di tepi tangga, ramai orang akan gunakan tangga untuk turun naik, agak membimbangkan juga," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 08 2023
Koridor tempat anak-anak berkumpul dan bermain pada waktu petang. Gambar kecil: Abd Rashid, Shida
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Saya hanya dimaklumkan tidak wakili ibu bapa Zayn Rayyan dua hari lalu' - Fahmi
Peguam terdahulu yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memberitahu hanya dimaklumkan tidak lagi mewakili pasangan itu, menerusi kiriman WhatsApp.
Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
Tular gambar bedah siasat Zayn Rayyan: Pihak pembelaan belum terima perkembangan siasatan
Menurut peguam, laporan berkaitan kebocoran gambar dan maklumat kanak-kanak tersebut dibuat seorang ahli keluarga Zaim Ikhwan dan pihak polis.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Hak jagaan adik Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.
Kebocoran maklumat di Edisi Siasat: 'Kami tak dapat sahkan kesahihan' - Peguam
Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin belum menerima sebarang maklum balas daripada polis berhubung kebocoran gambar dan beberapa butiran.
Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat
Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat didakwa adalah Zayn Rayyan dijalankan USJT Bukit Aman.