awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2023
23:00 MYT
Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh
Mohd Shuhaily bercakap kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Khamis. - Gambar SINAR HARIAN
PETALING JAYA: Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin maut dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan mendapati mangsa dipercayai dicekik berdasarkan kesan kecederaan konsisten pada leher.
"Apa yang pasti mangsa kematian mangsa bukan akibat lemas di lokasi kejadian tetapi dicekik selain luka lain yang dialaminya untuk mempertahankan diri.
"Untuk menjaga maruah arwah dan keluarga setakat itu sahaja saya boleh cakap," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemui.
"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mati di lokasi dia ditemui, namun mungkin mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
"Kami masih menjalankan siasatan berkemungkinan suspek terdiri daripada penduduk setempat, kami masih melihat perkara itu," katanya.
Jelas beliau, lokasi penemuan mangsa juga dipercayai tidak selalu dikunjungi orang ramai.
"Berkemungkinan suspek yang terlibat ini tahu tentang lokasi berkenaan, jadi siasatan kita akan jalankan semula di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Shuhaily berkata, orang ramai diminta agar menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
"Saya merayu kepada masyarakat setempat sekiranya mereka ada sebarang maklumat, datanglah kepada pihak polis, beri kerjasama untuk kita merungkai jenayah ini.
"Pihak polis memandang serius jenayah kejam ini dan akan berusaha menjejaki suspek terlibat," katanya.
Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan maut
#Zayn Rayyan dicekik
#kanak-kanak autisme
#Damansara Damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan