awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zeti akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan 1MDB Najib

Bernama
Bernama
11/10/2022
12:03 MYT
Zeti akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan 1MDB Najib
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Isu memanggil Zeti untuk memberi keterangan timbul selepas peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanyakan satu soalan kepada saksi ke-39 pendakwaan, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank Cheah Tek Kuang, 75, mengenai kehadiran ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low di kediaman Zeti.
Selepas soalan itu diajukan kepada Cheah, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Hakim Datuk Collin Sequerah bahawa soalan itu boleh ditanya kepada Zeti kemudian kerana pihak pendakwaan akan memanggil beliau untuk memberi keterangan dalam kes ini.
"Kami akan memanggil Zeti dan soalan ini boleh diajukan kepada beliau. Beliau mempunyai jawapan," kata Sri Ram.
Terdahulu, Cheah disoal balas oleh Muhammad Shafee pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Najib melibatkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Muhammad Shafee: Adakah anda pernah melawat rumah Gabenor (Zeti) ?
Cheah: Sekali untuk sambutan Hari Raya.
Muhammad Shafee: Adakah kamu pernah nampak Jho Low di rumah itu ?
Cheah: Tidak. Saya amat pasti.
Muhammad Shafee: Saya dapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa Jho Low kerap melawat rumah Zeti.
Cheah: Saya tidak tahu
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas gabenor BNM
#Zeti Akhtar Aziz
#perbicaraan kes 1MDB
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan