Ziarah kubur bukan musim perayaan dibenarkan - KP MKN

Astro Awani
Ogos 28, 2021 10:29 MYT
Aktiviti ziarah kubur dibenarkan dan ia mesti tertakluk kepada SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Aktiviti ziarah kubur semasa bukan musim perayaan adalah dibenarkan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad.
Ujarnya, tiada prosedur operasi standard (SOP) khusus berkenaan aktiviti menziarahi kubur.
"Apa yang penting ialah setiap mereka yang menziarah kubur ini mesti memastikan supaya penjarakan fizikal satu meter diamalkan dan pemakaian pelitup muka dilaksanakan disamping menjaga kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya.
"Jadi dengan itu, perkara mengenai ziarah kubur dibenarkan dan ia mesti tertakluk kepada SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa," katanya kepada Astro AWANI.
#ziarah kubur #SOP ziarah kubur #Datuk Rodzi Md Saad #Majlis Keselamatan Negara