awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoo Negara ditutup setiap Selasa bermula Januari 2016

Bernama
Bernama
31/12/2015
09:40 MYT
Zoo Negara ditutup setiap Selasa bermula Januari 2016
Zoo Negara mengalami penurunan jumlah pengunjung sebanyak 20 peratus pada tahun ini. - Gambar fail
Zoo Negara akan ditutup setiap hari Selasa bermula Januari 2016, kata Timbalan Presidennya Rosly @ Rahmat Ahmat Lana.
Beliau berkata buat pertama kali selepas 52 tahun, pihaknya mengambil keputusan untuk berehat selama sehari setiap minggu bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan kandang binatang dan sekitar zoo.
Ia juga berikutan kekurangan pekerja tempatan yang kini terdapat yang terpaksa bekerja setiap hari, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Jadi Orang Utan Sumatra betina 'Tsunami' di Zoo Negara hari ini.
Bagaimanapun, Rosly berkata sekiranya hari Selasa jatuh pada hari cuti sekolah dan cuti umum, zoo akan dibuka seperti biasa.
Katanya secara keseluruhan, jumlah pelawat ke Zoo Negara tahun ini menurun sebanyak 20 peratus berbanding tahun lepas kerana masalah jerebu.
Rosly berkata setakat 30 November, jumlah pelawat ke Zoo Negara adalah seramai 466,000 orang berbanding 708,0000 orang sepanjang 2014.
"Sepanjang musim jerebu pada bulan Julai hingga September lalu, kami telah mengalami kerugian kira-kira RM100,000 kerana ketika itu ramai yang memilih untuk tidak keluar ke rumah atas faktor kesihatan," katanya.
Katanya pihaknya menjangkakan jumlah pelawat ke Zoo Negara dapat mencapai 700,000 orang pada 2016.
Topic Berkaitan
#ditutup Selasa
#pembersihan
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan