KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Zubaidah Mukhtar dilantik Ketua Pengarah Istana Budaya baharu berkuat kuasa 21 Sept lepas.
Zubaidah, 54, menggantikan Zaiton Md Desa yang bersara wajib pada 20 Okt tahun lepas.
Beliau adalah lulusan Universiti Alabama di Tuscaloosa, Amerika Syarikat dan berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang pelancongan, kesenian dan kebudayaan.
Zubaidah pernah berkhidmat di JKKN dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta pernah menyandang beberapa jawatan antaranya Pengarah Bimbingan Seni Budaya JKKN selain pernah berkhidmat di Istana Budaya sebagai Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam pada 2002 hingga 2011.
Bercakap kepada Bernama, Zubaidah berkata beliau berhasrat memperluaskan kerjasama dengan pelbagai tenaga kerja daripada produksi lain bagi memperkukuh industri seni dan budaya negara menerusi pertukaran kepakaran dan pandangan.
"Misalnya, kita boleh bekerjasama dengan MPO (Orkestra Filharmonik Malaysia), orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan orkestra RTM dengan menganjurkan festival orkestra di Istana Budaya.
"Pada saya tiada rival (persaingan) dalam industri kerana industri ini pun kecil, sebaliknya kita kena saling melengkapi," katanya.
Zubaidah turut bercadang menubuhkan Persatuan Seni Persembahan yang melibatkan penyedia tempat persembahan seluruh negara diterajui pihaknya.
Dalam pada itu, Zubaidah juga berharap menerusi proses penggantian dan baik pulih bumbung Istana Budaya yang dijangka bermula pertengahan tahun depan mampu meningkatkan imej pentas berprestij itu di mata dunia.
"Bangunan ini telah berusia lebih 20 tahun dan tentunya tampak usang, jadi proses renovasi merupakan bahagian penting bagi memastikan Istana Budaya tampak gah semula," katanya sambil menambah pusat tersebut dijangka ditutup untuk satu tempoh ditetapkan bagi tujuan penyelenggaraan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Zubaidah berkata beliau berhasrat memperluaskan kerjasama dengan pelbagai tenaga kerja daripada produksi lain bagi memperkukuh industri seni dan budaya negara. - Foto Facebook/Istana Budaya
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
Zubaidah dilantik KP baharu Istana Budaya
Zubaidah menggantikan Zaiton Md Desa yang bersara wajib pada 20 Okt tahun lepas.