Zulhasnan Rafique dilantik Duta Besar Malaysia ke AS

Astro Awani
Disember 28, 2016 02:32 MYT
Sebelum ini, Zulhasnan pernah memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006. - Gambar fail
Kerajaan Malaysia telah melantik Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Negeri hari ini, beliau menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Sebelum ini, Zulhasnan pernah memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju dari 1999 hingga 2004 dan Ahli Parlimen Setiawangsa dari 2004 hingga 2013.
Sejak 2014, Zulhasnan merupakan Canselor bagi Geomatika University College Malaysia.
#Amerika Syarikat #Duta Besar Malaysia #Zulhasnan Rafique