MALAYSIA
Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta susulan persaraan wajib Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan tertinggi ATM selepas Mohd Nizam menamatkan perkhidmatannya selaras dengan peraturan sedia ada.
Kementerian Pertahanan juga menurutnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan Mohd Nizam sepanjang menerajui ATM.
"Beliau telah memberikan komitmen yang amat tinggi dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan profesionalisme Angkatan Tentera Malaysia.
"Kementerian turut mendoakan agar urusan persaraan beliau berjalan lancar serta sentiasa berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Nizam sebelum ini dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-23 berkuat kuasa bermula 31 Januari lalu.