awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zulkifli tiba di Arab Saudi, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah

Bernama
Bernama
12/04/2021
06:41 MYT
Zulkifli tiba di Arab Saudi, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Madinah pada Ahad, bagi meneruskan lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam (MWL). - Gambar fail
MADINAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Madinah pada Ahad, bagi meneruskan lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam (MWL).
Ketibaan beliau dan delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz dari Riyadh disambut wakil Perhubungan Antarabangsa MWL, Mohammed bin Said Al-Majdouie.
Zulkifli dijangka mengadakan pertemuan dengan Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud atas jemputan istana.
Beliau juga dijangka mengadakan program ramah mesra bersama para pelajar di Universiti Islam Madinah sebelum berangkat ke Makkah.
Di Makkah, Zulkifli dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi Shaikh Abdullatif Abdulaziz Aal Al Shaikh serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Issam bin Saad bin Saeed.
Lawatan yang bermula Jumaat lepas hingga 18 April ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah sebagaimana yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) hasil kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas.
Zulkifli sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung MWL, Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa bagi meneruskan kerjasama hal ehwal Islam dan pertukaran kepakaran dalam menangani isu ancaman ekstremisme dan fahaman keganasan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Madinah
#Gabenor Madinah
#Makkah
#hal ehwal islam
#Haji
#umrah
#Liga Dunia Islam
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan