KUALA LUMPUR: Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Ampang itu turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Menurut Zuraida, beliau bagaimanapun, tetap menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
"Saya juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosialnya.
Keputusan menyertai PBM, kata Zuraida, dibuat selepas beliau mengambil kira pertimbangan yang mendalam.
"Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya, iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebah negara maju," katanya.
PBM dilancarkan pada 21 Disember tahun lepas dan diketuai oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan parti itu kini mempunyai tiga Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Astro Awani
Thu May 26 2022

Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta meninggalkan parti Bersatu dan menyertai PBM. - Gambar fail

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

Kerajaan sedang atasi kekurangan bahan mentah industri koko - Zuraida
Kerajaan bersama pihak berkepentingan sedang berusaha mengatasi isu kekurangan bahan mentah yang dihadapi industri koko negara.

Zuraida masih tunggu tarikh jumpa PM
Zuraida mengesahkan tiada pertemuan antaranya dengan Ismail Sabri pagi ini.

Perdana Menteri jumpa Zuraida pagi ini
Pertemuan sebelum mesyuarat Kabinet itu dipercayai berkisar kepada kedudukan Zuraida dalam Kabinet selepas Ahli Parlimen Ampang tersebut mengumumkan keluar Bersatu.

Isu Zuraida: Harap PM utamakan perjumpaan untuk selesaikan kuota jawatan Menteri - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin ia perlu memandangkan kuota kerusi berkenaan adalah milik Bersatu seperti mana yang telah termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

'Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin
Azmin berkata beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama Bersatu.

Menjelang pertemuan dengan PM, Zuraida harap jawatannya sebagai menteri dikekalkan
Harapan untuk dikekalkan jawatan dalam Jemaah Menteri ialah demi memastikan kestabilan negara dan Kabinet.

Ladang sawit: Terokai automasi, kurang bergantung buruh asing - Zuraida
Penggunaan automasi di peringkat ladang akan menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor tersebut.

Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali
Ia susulan khabar angin bahawa Mohamed Azmin akan meninggalkan Bersatu dan mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

"Jumpa Zuraida dulu, kemudian Muhyiddin" - PM
Ismail Sabri akan bertemu Zuraida Kamaruddin minggu depan bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Kepelbagaian budaya salah satu agenda utama PBM - Zuraida
PBM menggesa rakyat berkata 'tidak' kepada sebarang bentuk perkauman dan mengetepikan semua perbezaan.