Enam orang akan dihadapkan di Mahkamah Majistret di tiga negeri hari ini, atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata keenam-enam lelaki itu masing-masing akan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Shah Alam dan Alor Setar atas kesalahan merusuh, khianat, ugutan jenayah dan membawa senjata berbahaya.
Beliau memberitahu sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini semalam empat penyokong parti politik yang berusia antara 28 dan 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman atas kesalahan menghadiri rusuhan dan memiliki senjata berbahaya semasa rusuhan di Kampung Padang Lalang, Felda Neram, Kemaman pada Jumaat lepas.
"Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
Selain itu seorang lelaki berusia 47 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mebawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
"Seorang lelaki akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Setar bagi dua kesalahan iaitu menakutkan secara jenayah dan membawa senjata berbahaya di tempat awam tanpa kuasa yang sah mengikut Seksyen 506 dan
Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.
Sementara itu, Tun Abdul Majid berkata enam lelaki didakwa di mahkamah antara 3 April hingga semalam atas tuduhan melakukan kesalahan seperti khianat, gaduh dan menyebabkan kecederaan di Senawang, Negeri Sembilan; Dungun dan Kemaman, Terengganu; dan Puchong, Selangor.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 148 kes diarahkan untuk siasatan lanjut termasuk perbuatan khianat sebanyak 55 kes, pemberitahuan perhimpunan (28 kes), dan perbuatan khianat (dua kes).
Katanya sebanyak 129 kes tiada tindakan lanjut kerana suspek tidak dapat dikenal pasti, ini termasuk berhimpun tanpa permit atau tanpa notifikasi, meletakkan bendera parti tanpa izin, perbuatan khianat, hasutan dan mencuri.
Bernama
Tue Apr 16 2013
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Tidak perlu terlalu terkesan dengan lawak perkauman - Belia
Wakil Malaysia Southeast Asia Youth Leadership Program, Amira Aliya Abd Aziz berkata tidak perlu ambil hati dengan jenaka bersifat perkauman selagi mana ia tidak melibatkan isu-isu yang sensitif. Jelasnya, masyarakat berhak untuk membuat pendirian tersendiri terhadap jenaka-jenaka yang dibuat tetapi tidak perlu sehingga dipanaskan secara keterlaluan. #DialogAnakMuda
Raikan perbezaan selagi tidak menggunakan kaum untuk meraih perhatian - Mahasiswa
Setiausaha Agung Demokrat Universiti Malaya, Krishan Renganathan berkata perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi adalah suatu yang lumrah. Jelasnya, batas dalam perbezaan itu adalah tidak menggunakan sensitiviti kaum untuk meraih perhatian dan memancing isu. #DialogAnakMuda
Pupuk sikap mendengar tanpa bersifat emosional, reaksi terburu-buru - Belia
Graduan undang-undang Taylor’s University Malaysia, Faith Ling berkata masyarakat perlu amalkan sikap mendengar dari semua pihak secara terbuka tanpa bersikap emosional dan memberi reaksi secara terburu-buru demi menyantuni perbezaan pendapat yang wujud. Jelasnya, isu seperti konflik Israel-Palestin adalah terlalu kompleks dan perlu diamati dengan berhati-hati demi menjaga keharmonian. #DialogAnakMuda
Minda individu bawah 25 tahun lebih mudah dilentur hormat sensitiviti kaum - Pemimpin GSL
Pengurus Program Pemimpin GSL, Bernard Ow berkata minda generasi bawah 25 tahun lebih mudah untuk dilentur dan dilahirkan sebagai agen perpaduan dalam masyarakat. Jelasnya, perkara utama yang perlu ditekankan adalah aspek menghormati perbezaan pandangan yang rencam dalam konteks Malaysia. #DialogAnakMuda
Perpaduan bukan bermakna tiada pergaduhan - Undi18
Alumni Program Undi18, Khairun Sofea berkata mencapai status masyarakat bersatu-padu bukan bermakna mencipta komuniti yang tidak ada perbalahan. Sebaliknya, ketegangan akan terus berlaku tetapi masyarakat yang hidup dalam perpaduan akan cuba saling hormat dan faham, seterusnya mengekalkan keharmonian. #DialogAnakMuda
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Alif Satar perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat ke UK
Alif akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di UK bagi merealisasi inisiatif berkenaan.
PRK Kemaman: Hujan lebat tidak halang kempen calon BN
Hujan lebat sejak subuh tidak menghalang calon Barisan Nasional untuk meneruskan kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Kemaman: SPR tubuh lima pasukan penguat kuasa kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan lima Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Pelangai: Kempen secara berhemah - Jalaluddin Alias
Jalaluddin berkata mereka seharusnya berbicara soal dasar dan perancangan yang ingin dilaksana bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.
PRK: Suhu kempen masih suam, perang poster, bendera hambar
Suhu kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masih lagi suam-suam kuku dengan "enjin" jentera kempen bagi parti-parti yang bertanding dilihat
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
PRN: 'Berkempen tak payah maki hamun' - Anwar ingatkan Muhyiddin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak menggunakan pentas ceramah politik untuk memaki hamun parti lawan.
PRN: 'Orang UMNO jangan serang UMNO, serang musuh' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan ahli UMNO untuk tidak menyerang kepimpinan parti sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
DAP Kelantan tumpu sembilan DUN bantu menangkan calon PH-BN
Pengerusi DAP negeri Datuk Azaha Abdul Rani berkata setiap DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 2,000 orang.