Fong Po Kuan umum tidak bertanding pada PRU13

Bernama
April 11, 2013 01:04 MYT
Penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dari parti DAP hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 atas sebab peribadi.
"Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya kali ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi parti, Karpal Singh.
"Saya akan memainkan peranan sewajarnya untuk menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," kata Fong yang menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan selama tiga penggal.
Pada pilihan raya umum 2008, Fong mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Cheah Yoke Can dengan majoriti 24,627 undi.
#DAP #Fong Po Kuan #Parlimen Batu Gajah #PRU13