Kong: MCA perlu bersatu

Astro Awani
April 12, 2013 02:37 MYT
MCA memanggil ahli-ahlinya untuk mengenepikan semua perbezaan dan bersatu dalam menghadapi pilihan raya ke 13.
“Pada saat genting seperti ini, kita harus menolak segala perbalahan dan perbezaan serta bersatu untuk kepentingan MCA dan Barisan Nasional. Ini akan memastikan kejayaan kepada BN.
“Kita perlu berhati-hati menghadapi khabar angin yang tidak berasas dan jangan sekali terperdaya dengan jerat parti pembangkang. Kita harus melihat fakta-fakta yang diumumkan oleh jawatankuasa pusat parti.
“Pemimpin-pemimpin setiap bahagian serta ahli-ahli parti mesti bersatu teguh dalam melawan bagi memastikan kebajikan Negara serta generasi akan datang, “ kata ketua-setiausaha agong MCA Datuk Seri Kong Cho Ha pagi tadi.
Kenyataan Kong dibuat selepas pengumuman presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang tidak akan bertanding di pilihan raya ke 13.
#Chua Soi Lek #GE13 #Kong Cho Ha #MCA #pilihan raya #PRU13