Gabungan Pemerhati Pilihan Raya Umum ke-13 (PEMERHATI) sedang menilai langkah untuk perbaiki operasi pemantauan badan itu.

Salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawahnya, Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) memberitahu bahawa badan itu mendapat lebih banyak sumbangan dana dari luar negara berbanding dari dalam negara.

“Kami tidak mendapat apa-apa dana dari Malaysia, (tetapi) ada beberapa yayasan antarabangsa yang telah menyalurkan sumbangan kepada rakan NGO kami,” kata pengarah CPPS Ng Yeen Seen.

PEMERHATI, yang merupakan kerjasama antara empat badan bukan kerajaan dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR memantau pengendalian dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13

Empat badan yang menganggotai PEMERHATI adalah Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS), ASLI Centre for Public Policy Studies, Merdeka Centre, dan Konfederasi Orang Kurang Upaya Malaysia.

Beliau bagaimanapun berharap akan ada individu atau badan korporat yang boleh menawarkan bantuan kewangan jika tidak pun bekerja sebagai sukarelawan pilihan raya.

Katanya, beberapa bahagian boleh diperbaik termasuk membuat rangka kerja undang-undang di yang membolehkan pemerhati pilihan raya beroperasi dengan lebih baik.

"Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang adalah untuk melantik pemerhati tempatan sebagai langkah yang baik untuk meningkatkan tadbir urus demokrasi negara kita."

"Kita bahawa undang-undang pilihan raya kita boleh menjadi lebih menyeluruh dan selaras dengan piawaian pemerhatian antarabangsa," katanya.

Ng menegaskan bahawa empat NGO itu perlu bekerja mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan SPR bagi pemerhati pilihan raya, berbeza dengan piawaian antarabangsa.

"Pertama, sempadan telah ditetapkan bagi pemerhati di negara-negara lain. Tetapi di Malaysia, ini adalah yang kali pertama, jadi secara perlahan ia akan berkembang, "katanya.

Ng juga berkata bahawa PEMERHATI tidak dibenarkan mengambil gambar namun di peringkat antarabangsa, ia biasanya dibenarkan.

"Kami juga tidak dibenarkan membuat sebarang pra-pengumuman kepada media sehingga laporan kami diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Tetapi apabila kita berbuat demikian, ia akan menjadi dokumen awam serta-merta, "katanya.

Satu lagi syarat yang ditetapkan oleh SPR adalah bahawa semua dakwaan salah laku mesti mendapat tindak balas daripada SPR. "(Tetapi) mereka telah berjanji untuk berurusan dengan setiap pertanyaan dan kita akan lihat jika mereka berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, pengarah IDEAS Keeran Sivarajah berkata bahawa respons daripada pengambilan negeri-negeri sangat menggalakan.

"Sebagai contoh, apabila kita pergi ke Kelantan, kita merancang untuk memantau hanya tiga kerusi di sana tetapi disebabkan sambutan begitu baik, kita kini boleh memantau seluruh negeri," katanya.

Keeran menggesa para pemerhati untuk mendaftar secara ‘online’ kerana tarikh akhir untuk mengemukakan nama-nama sukarelawan adalah 10 Mac.

Beliau berkata bahawa berdasarkan pembiayaan yang ada pada masa ini, iaitu kira-kira RM150,000, PEMERHATI dapat melihat hanya 42 kerusi daripada sasaran sebanyak 70.