awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penglibatan calon muda beri impak positif

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
27/04/2013
03:24 MYT
Penglibatan calon muda beri impak positif
Strategi meletakkan calon muda oleh kebanyakan parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 jelas menunjukkan impak yang positif terhadap transformasi politik negara.
Ia secara tidak langsung menandakan pucuk pimpinan parti menghargai kewibawaan calon muda ini sebagai pelapis kepimpinan negara.
Pandangan tersebut disuarakan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia, Muhammad Ammar Mohd Aziz.
Jelasnya, dengan meletakkan calon muda ia memberi kelebihan kepada parti-parti politik untuk memenangi hati para pegundi terutamanya pegundi kali pertama.
“Kita lihat memang ramai dari pegundi baru terutamanya golongan mahasiswa adalah orang muda dan itu adalah kelebihan kepada kedua-dua parti untuk memenangi hati mereka dengan menampilkan calon muda supaya ia lebih dekat dengan jiwa atau cara anak muda sekarang ini tentang calon mana yang ingin mereka pilih,” ujarnya.
Tambah pelajar jurusan Biologi Gunaan ini, dengan adanya calon muda dalam arena politik ia dapat memacu negara ke tahap lebih gemilang melalui idea-idea baru yang diketengahkan.
Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai lambakan calon bebas pada PRU ke-13.
Tegasnya, dengan kehadiran calon bebas ini ia dapat memberi ruang kepada pegundi untuk membuat pilihan yang lebih bijak.
Namun beliau juga berpendapat kehadiran mereka ini hanya untuk memecahkan undi dan juga mempunyai perjuangan tersendiri.
Ini jelas apabila pada PRU kali ini terdapat ramai ahli tertinggi parti yang membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas setelah nama mereka tidak disenaraikan.
“Kita sedia maklum yang wujudnya calon bebas kerana tidak dapat dicalonkan oleh parti mereka, jadi mereka ambil inisiatif dengan menjadi calon bebas. Ia jelas menunjukkan satu persaingan kurang sihat dari sudut organisasi politik tersebut kerana kita dapat lihat kalau tidak tercalon megapa perlu jadi calon bebas.” tambahnya lagi.
Walaupun mereka layak, namun atas dasar perjuangan parti mereka tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia hanya akan memecah-belahkan parti.
Topic Berkaitan
#calon muda
#DUN
#Parlimen
#PRU-13
#pulau pinang
#Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan