awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM: Nilai kejayaan yang dicapai

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2013
02:33 MYT
PM: Nilai kejayaan yang dicapai
Menurut Perdana Menteri, rakyat harus membandingkan kejayaan Barisan Nasional (BN) dengan janji kosong ditabur pembangkang dan rakyat perlu menilai sendiri kejayaan yang telah dicapai kerajaan selama ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mandat baru kepada BN dalam pilihan raya umum ke-13 amat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala agenda direncana bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.
Najib berkata sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, kerajaan melaksanakan pelbagai program penambahbaikan termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Beliau mengumumkan pembinaan 20,000 unit rumah PR1MA di tiga kawasan utama iaitu Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.
Selain itu Najib mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta bagi skim pinjaman mikro kredit untuk tahun ini dan tahun depan.
Kuantan merupakan destinasi terakhir siri jelajah janji ditepati yang bermula April tahun lepas di Batu Pahat, Johor.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#ETP
#gtp
#Perdana Menteri
#Siri Jelajah Janji Ditepati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan