awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mulakan siasatan penyebaran VCD

Bernama
Bernama
13/04/2013
06:42 MYT
Polis mulakan siasatan penyebaran VCD
Polis kini memulakan siasatan kes penyebaran VCD aksi seorang lelaki yang menyerupai pemimpin kanan parti pembangkang dengan seorang wanita di Terengganu.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata siasatan dimulakan mengenai dalang di sebalik penyebaran VCD itu dan siasatan masih di peringkat awal.
Katanya kes itu disiasat bersama 74 lagi kertas siasatan yang dibuka sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas.
Kebanyakan kes lebih menjurus kepada kesalahan-kesalahan pilihan raya seperti melakukan provokasi, bergaduh, ugut dan mengoyakkan poster parti lawan.
"Kesemua kertas siasatan yang dibuka membabitkan 406 laporan polis yang dibuat sejak 3 April lepas, termasuk siasatan penyebaran VCD itu di Terengganu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Beliau berkata polis memantau sebanyak 480 aktiviti sempena PRU13 yang dijalankan semalam membabitkan 136 ceramah, 100 perjumpaan parti politik, 13 lawatan dari rumah ke rumah, 38 kempen dan 196 lain-lain aktiviti.
Topic Berkaitan
#BN
#elections
#pakatan
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan