Program transformasi kerajaan dirancang baik

Astro Awani
April 21, 2013 13:30 MYT
Program transformasi ekonomi dan program transformasi kerajaan distruktur dan dirancang dengan baik dan sistematik untuk memastikan perubahan berlaku secara tersusun.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa pelbagai program yang membawa perubahan di negara ini tidak sama seperti 'Arab Spring'.
Katanya sebarang perubahan secara drastik dan radikal tidak akan mendatangkan hasil.
Di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), ia telah berdepan pelbagai cabaran di masa lalu seperti memerangi komunis dan konfrontasi, namun berupaya menanganinya untuk membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan di negara ini.
Sebagai perdana menteri yang mahu mendapatkan mandat baharu, beliau berikrar untuk memulihara keamanan dan keharmonian di negara ini.
Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 60,000 orang yang menghadiri 'Majlis Ramah Mesra bersama PM' di perkarangan Zon Bebas Pelabuhan Klang.
#BN #Najib Razak #PRU-13
;