"Kekalahan Datuk Abdul Ghani Othman kepada Lim Kit Siang di Gelang Patah bukanlah kerana faktor calon atau dasar pembangunan" kata Norizam Tukiman (video), Pengerusi Persatuan Pelabur Strategi Melayu Malaysia mengenai keputusan PRU 13 di Johor.

Norizam yang mewakili pelabur-pelabur di Johor turut berpendapat, wujudnya kebangkitan perjuangan bangsa Cina dan sentimen perkauman menjadikan antara faktor beberapa tempat di Johor jatuh ke tangan pembangkang.

Walaubagaimanapun keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur di Iskandar Malaysia akan terus utuh di Johor.

Walau Johor masih milik BN, Norizam berkata isu perkauman merupakan isu yang sensitif yang perlu diberi perhatian selepas ini oleh BN.