ELECTIONS
SPR tidak sekongkol mana-mana pihak

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan pihaknya tiada sebarang agenda untuk menipu bagi memenangkan pihak tertentu dalam pilihan raya umum ke-13.
Kemenangan atau kekalahan seseorang calon bukan kerana SPR tetapi kerana pengundi tidak memilih.
Abdul Aziz pada masa sama menafi sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR bersekongkol dengan Parti Barisan Nasional (BN).
Tambah beliau, SPR sentiasa bertindak dengan berpandukan undang-undang dan akan sedaya upaya mematuhi segala prosedur yang ditetapkan.
Sementara itu Abdul Aziz turut menasihati orang ramai agar tidak mencampuri urusan petugas SPR pada hari pengundian pada 5 Mei nanti.
Calon pemerhati juga diberi amaran supaya tidak melangkaui bidang tugas ketua tempat pengundian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami