awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M: Jangan ikut nafsu ketika pilih kerajaan

Bernama
Bernama
10/03/2013
09:12 MYT
Tun M: Jangan ikut nafsu ketika pilih kerajaan
Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mengikut nafsu sebaliknya menggunakan akal ketika memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang mereka fikir dapat menentukan hala tuju nasib mereka dan generasi akan datang.
"Kita harus menggunakan akal kita untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan dan sekiranya kita taksub memilih kerajaan mengikut emosi ataupun nafsu serta tanpa penilaian, maka kita akan memilih sebuah kerajaan yang tidak sesuai untuk kita.
"Jangan membenarkan nafsu kita tentukan (siapa patut memerintah) sebab ia boleh membawa mudarat kepada kita. Pilihlah parti yang terbukti bertanggungjawab kepada pengundi dan sanggup berkhidmat untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sebuah sekolah di sini hari ini.
Dr Mahathir, yang pernah menjadi Menteri Pelajaran, berkata rakyat perlu menolak kerajaan yang tidak mementingkan pendidikan kerana sesebuah negara akan menjadi mundur jika tidak ada penguasaan ilmu secukupnya di kalangan rakyat.
Beliau berkata maju atau mundur sesebuah negara itu bergantung kepada tahap ilmu atau budi pekerti rakyatnya.
Katanya, sesebuah bangsa akan maju jika memiliki ilmu serta budi pekerti yang baik dan warga pendidik patut memainkan peranan untuk menyemai nilai mulia ini dalam diri masyarakat.
"Pada zaman ini, banyak penghijrahan berlaku dari kampung ke bandar, dan ibu bapa dilihat tiada masa untuk mendidik anak atas sebab kesibukan kerja, dan para guru terpaksa membentuk peribadi mulia bagi anak-anak ini," katanya sambil menambah kerajaan memperuntuk hampir 25 peratus daripada belanjawan tahunan untuk pendidikan.
Dr Mahathir berkata 'Arab Spring' di Asia Barat berlaku disebabkan rakyatnya tidak menguasai ilmu secukupnya, dan percaya kebangkitan politik itu tidak akan berlaku di negara ini kerana kerajaan memberi banyak peruntukan untuk pendidikan.
Topic Berkaitan
#memilih kerajaan
#mengikut nafsu
#PRU-13
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan