POLITIK

10 calon PKR DUN Sabah tandatangan aku janji RM10 juta, jaminan tidak belot

Astro Awani 09/11/2025 | 15:00 MYT
Kata Fuziah, calon yang ditampilkan terdiri daripada pelbagai latar belakang, sekali gus mencerminkan usaha PKR untuk mengetengahkan calon berintegriti serta berpengalaman dalam pelbagai bidang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kesemua calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah menandatangani surat aku janji serta bon perjanjian bernilai RM10 juta sebagai jaminan bahawa mereka tidak akan membelot parti jika menang kelak.


Ringkasan AI
  • Kesemua calon PKR PRN Sabah menandatangani surat aku janji serta bon perjanjian RM10 juta untuk menjamin kesetiaan terhadap parti jika menang.
  • PKR menonjolkan calon berintegriti dan berpengalaman dari pelbagai latar belakang sebagai usaha memperkukuh disiplin dalam parti.
  • Parti meletakkan harapan terhadap calon untuk membentuk kerajaan negeri baharu dan membawa perubahan positif kepada rakyat Sabah.


Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Fuziah Salleh dalam kenyataan pada Ahad menjelaskan, calon yang ditampilkan terdiri daripada pelbagai latar belakang, sekali gus mencerminkan usaha PKR untuk mengetengahkan calon berintegriti serta berpengalaman dalam pelbagai bidang.

"Langkah itu dilihat sebagai usaha memperkukuh disiplin serta memastikan setiap wakil rakyat kekal setia kepada mandat pengundi," jelasnya.

Terdahulu, PKR mengumumkan senarai rasmi 10 calon yang akan bertanding dengan membawa aspirasi dan slogan “Harapan Urang Sabah” sebagai komitmen parti untuk menawarkan kepimpinan lebih segar dan bertanggungjawab.

PKR menyatakan keyakinan bahawa komitmen penuh setiap calon terhadap parti, pengundi dan kawasan masing-masing akan memberi peluang kepada parti membentuk kerajaan negeri yang baharu, sekali gus membawa perubahan yang diharapkan rakyat Sabah.



#Fuziah Salleh #Parti Keadilan Rakyat #pilihan raya negeri #Harapan Urang Sabah