awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
Budaya tolak rasuah, salah guna kuasa jadi teras kepimpinan ATM - Agong
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 Exco Negeri Sembilan angkat sumpah esok

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2023
05:20 MYT
10 Exco Negeri Sembilan angkat sumpah esok
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu akan disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang dijadualkan pada jam 9 pagi. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan (Exco) yang baharu akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada Khamis.
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu akan disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang dijadualkan pada jam 9 pagi.
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan turut memaklumkan, mesyuarat Exco kerajaan negeri yang pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan diadakan di Wisma Negeri di sini selepas majlis angkat sumpah berkenaan.
Bagaimanapun, pembahagian Exco mengikut parti dan portfolio masih belum diketahui setakat ini.
Sebelum ini media melaporkan, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap wakil daripada Barisan Nasional (BN) memperoleh lima atau enam kuota jawatan Exco.
Beliau berkata, ini kerana berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) yang dimenangi oleh Barisan Nasional(BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Pada PRN itu, BN memang di 14 kerusi DUN daripada 17 kerusi yang ditandingi yang mana kesemuanya ditandingi oleh UMNO.
Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 17 kerusi, yang mana DAP 11 kerusi, PKR lima kerusi dan satu kerusi Parti Amanah Negara (Amanah). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Negeri Sembilan
#pelantikan exco
#angkat sumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan