POLITIK
18 Ahli Parlimen Bersatu nyata sokongan kepada Muhyiddin
Ahli-ahli Parlimen Bersatu hadir di kediaman Muhyiddin dan menyatakan sokongan kepada Presiden mereka. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Seramai 18 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkumpul di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, di ibu negara malam ini.
Ringkasan AI
Rakaman video pendek menunjukkan ahli-ahli Parlimen hadir bersama Muhyiddin sambil menyatakan sokongan mereka kepada Presiden Bersatu itu.
Muhyiddin dalam kenyataan di laman Facebook turut menyatakan, perbincangan pada malam ini diadakan dalam suasana yang terbuka bertanggungjawab.
Tambahnya, kesemua mereka turut menegaskan iltizam untuk melaksanakan amanah rakyat dengan penuh disiplin, serta memastikan nama baik parti sentiasa dijaga melalui tindakan yang berprinsip dan konsisten.
“Saya menghargai kesediaan mereka untuk terus mengangkat suara dan agenda parti dalam setiap ruang yang diamanahkan.
“Keutuhan ini penting dalam memastikan hala tuju perjuangan tidak tersasar,” katanya.
Beliau turut menghargai sokongan yang diberikan oleh Ahli Parlimen partinya selaku Presiden.
“Sokongan ini menjadi dorongan untuk kita melangkah lebih mantap demi masa depan parti dan negara,” ujarnya.
Terdahulu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, dilihat melaungkan slogan “Kami sokong Presiden” sebanyak tiga kali dan berkata “tenang, tenang”.
Turut hadir, Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Langkawi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, dan beberapa Ahli Parlimen lain.
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan pula mengesahkan pertemuan tersebut tertumpu kepada persiapan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
“Kami tidak bincang soal pertukaran Ketua Pembangkang. Fokus kami adalah PRN Sabah dan mengukuhkan parti,” katanya.
Media mula berkumpul di luar kediaman bekas Perdana Menteri itu sejak jam 7 malam, namun bersurai sekitar jam 11.30 malam selepas gagal mendapatkan sebarang komen daripada pemimpin tertinggi parti yang hadir.
Dalam perkembangan berasingan, parti itu sebelum ini telah mengambil tindakan disiplin terhadap tiga ahli Parlimennya berikutan pelanggaran peraturan parti.
Mereka adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang telah dipecat daripada keahlian parti dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal pula digantung keahliannya sementara menunggu siasatan lanjut.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pula dihadapkan ke Lembaga Disiplin Bersatu untuk tindakan seterusnya.
Ringkasan AI
- 18 Ahli Parlimen Bersatu berkumpul di kediaman Muhyiddin Yassin, menyatakan sokongan kepada Presiden Bersatu.
- Pertemuan tersebut difokuskan kepada persiapan Pilihan Raya Negeri Sabah, bukan pertukaran Ketua Pembangkang.
- Parti itu mengambil tindakan disiplin terhadap tiga ahli Parlimen, termasuk pemecatan dan penangguhan keahlian sementara.