18 AJK PAS kawasan Shah Alam letak jawatan

Astro Awani
Ogos 21, 2015 01:32 MYT
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam.
18 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Shah Alam meletak jawatan dan dijangka akan menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB).
Antara mereka yang mengumumkan peletakan jawatan termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua, Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam.
Sebaliknya, menurut mereka ia bagi meneruskan hasrat untuk menyertai usaha memperjuangkan islam melalui wadah yang lebih diyakini.
Langkah itu turut mengikut jejak beberapa pemimpin PAS Kota Raja, Klang dan Kapar yang meletak jawatan pada Rabu.
Antaranya, Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu berkuat kuasa serta-merta.
Turut mengambil langkah sama adalah 183 ahli parti PAS daripada pelbagai peringkat termasuk Yang Dipertua PAS Kota Raja Jaafar Samsudin.
Selain itu, tiga AJK PAS klang dan tiga AJK PAS Kapar juga meletakkan jawatan.
#Gerakan Harapan Baru #GHB #PAS #shah alam