2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin

Irwan Muhammad Zain
Februari 28, 2021 06:32 MYT
Sng dan Choong menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi. - Foto kredit MalaysiaNow
KUALA LUMPUR: Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Portal MalaysiaNow melaporkan, Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas, mengakhiri khabar angin berhubung kesetiaan mereka kepada Anwar.
Ia berlaku sehari selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan menyertai PKR.
Sng dan Choong menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelar tindakan pihak yang didakwa mengugut ahli parlimen pembangkang untuk meraih sokongan.
Namun dalam masa sama, PKR turut menerima penyertaan wakil rakyat parti sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (PH).

Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). SD diserah oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon. pic.twitter.com/92131t2yxc

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) February 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#lompat parti #Anwar Ibrahim #Muhyiddin Yassin #PKR #Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #Parti Amanah Negara #Perdana Menteri #pembangkang #Larry Sng #steven choong #Amanah