30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dua Adun PAS sokong Wan Azizah

Irwan Muhammad Zain
Ogos 14, 2014 05:44 MYT
Beberapa anggota Adun Pakatan Rakyat yang hadir pada sidang media Wan Azizah. - Astro AWANI/Irwan Muhammad Zain
30 orang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Sokongan tersebut sekaligus menandakan Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti Adun di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.
Dua Adun PAS yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.
Baki 28 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Dr Wan Azizah ialah ialah masing-masing 15 daripada DAP dan 13 yang mewakili PKR.
Dr Wan Azizah berkata, pendirian yang dinyatakan kesemua Adun berkenaan dibuat secara bertulis menerusi surat akuan bersumpah.
"Oleh itu saya mengutus surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan tuanku," katanya pada sidang media di sini, Khamis
Dalam pada itu, Abdul Khalid dalam sebuah kenyataan di Facebook berkata, beliau maklum tentang pengumuman Wan Azizah yang mendakwa Adun Kajang itu telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.
Tambah Abdul Khalid, sehingga proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor belum lagi diadakan, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri @drwanazizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor. (samb)

— Abdul Khalid Ibrahim (@Khalid_Ibrahim) August 14, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sungguhpun begitu, dakwaan DS @drwanazizah itu tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor. (samb)

— Abdul Khalid Ibrahim (@Khalid_Ibrahim) August 14, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sehingga proses undian tidak percaya di Dewan Negeri Selangor itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

— Abdul Khalid Ibrahim (@Khalid_Ibrahim) August 14, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ADUN #Kajang #Menteri Besar #Pakatan Rakyat #Selangor #sokongan #Wan Azizah Wan Ismail